Sunday, December 1, 2013

Kempen Gotong Royong Mencegah Denggi, 1/12/2013

1hb Disember 2013 – Berikutan dengan pengesahan tiga belas (13) kes wabak denggi dalam masa dua minggu pada 25/11/2013 di RP10, Jalan RP10/7 dan Jalan RP10/8, memandangkan keadaan yang amat serius,  satu keputusan telah dibuat oleh Persatuan Penduduk TRP2 untuk menganjurkan kempen gotong royong cegah denggi  bersama Jabatan Kesihatan Daerah Gombak dan juga Majlis Perbandaran Selayang pada 1/12/2013.

Kempen tersebut bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk mengenai masalah yang sedang berlaku di Jln RP11/7 dan RP11/8, dan juga tentang kepentingan mencegah wabak denggi.

Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, Dr Roslan B. Ishak telah memberikan taklimat tentang pencegahan denggi ini. Beliau telah mencadangkan supaya satu unit kesihatan ditubuhkan dibawah payung Persatuan bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan kebersihan taman dan sejurusnya mencapai matlamat mencegah denggi  untuk jangka masa yang panjang. Beliau juga diiringi oleh Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, En. Harun yang juga telah memberikan penerangan mengenai wabak denggi ini. Yang turut hadir, ahli-ahli jawatankuasa penduduk Persatuan Penduduk TRP2 dan penduduk2 persekitaran.

Pengerusi Persatuan, Puan Ong, dalam ucapan pembukaannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada pagi ini, dan telah menerangkan sebabkan kempen ini perlu dijalankan dengan segera memandangkan keadaan wabak yang amat serius. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Jabatan Kesihatan kerana sudi menganjurkan kempen ini bersama Persatuan. Jumlah kes penyakit denggi yang disahkan diRP2 setakat 1/12/2013 sejumlah 17 kes.

Selepas taklimat dan sesi soal-jawab, lawatan ke Jalan RP10/7 dan RP10/8 telah dibuat oleh pegawai2 Jabatan Kesihatan bersama AJK2 Persatuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di kedua2 lorong tersebut.
Program pagi ini telah berakhir lebihkurang pada pukul 11.00 pagi dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir oleh juruacara En. Azlan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Contributors