Saturday, October 6, 2012

Pesta Tanglung Taman Rawang Perdana 2, 5 Oct 2012

5 Oct 2012 - Satu Majlis Pesta Tanglung 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 (PPTRP2) di padang Jln RP13/2, RP2, telah dijalankan dengan berjaya. Sambutan hangat dari kalangan penduduk Cina yang telah menghadiri majlis tersebut telah jauh melebihi bilangan yang dianggarkan. Penduduk yang bukan Cina turut menghadiri majlis tersebut kerana pihak penganjur telah menyediakan makanan halal. Acara-acara yang diadakan termasuklah pertandingan membuat tanglung, perarakan tanglung, bunga api, cabutan bertuah dan makanan ringan halal telah disediakan.


 Pengerusi Persatuan, Pn Ong Siew Hong, mengucapkan selamat datang kepada penduduk-penduduk dan berterima kasih atas sokongan mereka. Beliau juga berterima kasih kepada MCA Caw. Rawang kerana telah memberikan sumbangan kewangan untuk menjayakan program pada malam itu. Dalam ucapannya, beliau juga mengesa penduduk memberikan sokongan kepada program sekuriti baru yang telah dilaksanakan oleh Persatuan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Tetamu jemputan khas, iaitu Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai yang diiringi oleh En. Lee Li Yew, telah tiba pada pukul 9.30 malam bersama penduduk untuk merasmi dan meraikan majlis tersebut.

YB Dato’ dalam ucapannya, telah mengumumkan peruntukkan kewangan Lima Ribu Ringgit (RM5,000) dan sebuah kabin pejabat kepada Persatuan untuk menjalankan aktiviti dan urusan pejabat. Beliau juga mengesahkan peruntukkan RM10,000 kepada Persatuan-Persatuan Penduduk untuk aktiviti mencegah jenayah, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, dalam budget tahun 2013 baru-baru ini.

Pihak penganjur juga ingin mengambil kesempatan ini, meminta maaf kepada para hadiran pada malam tersebut sekiranya berlaku kesilapan dan kesulitan disepanjang masa majlis dijalankan dan akan mengkaji semula masalah-masalah yang timbul supaya masalah yang sama tidak akan diulangi di masa depan.
http://www.youtube.com/watch?v=nZFQOZhD3Jw&feature=player_detailpage


2012105-万挠珀丹納2居协在马华万挠区会的赞助下,在万挠珀丹納2, RP13的草场成功的举办了一项中秋联谊晚会。该晚的盛会得到居民们的大力支持,出席晚会的居民远远超出了所预算的人数。导致场面几乎有失控的状况。出席者包括非华裔的友族同胞因为大会提供了Halal的食物。晚会的节目包括做灯笼比赛,提灯笼游行,放烟花,幸运抽奖及简单的晚餐。

居协主席,王秀红女士在其致词中,感谢居民们的支持。也感谢马华万挠区会赞助当晚的活动经费。也呼吁万挠珀丹納2的居民们为了大家的安全及共同利益,大力支持居协正在积极推行的保安升级计划


大会的特别嘉宾,副财政部长拿督林祥才,在马华士拉央区团长李丽友的陪同下在晚上9.30与民同在,为当晚的活动主持开幕。
拿督林祥才也在其致词中,宣布了5千大元的拨款及赞助一个流动货柜给居民协会作为办公会所。他也在大会中证实了首相最近在其2013预算案中所提出拨款1万大元给所有符合条件的居民协会作为在打击罪案方面的努力经费。
主办当局呼吁,如果当晚有做的不好及错的地方,请出席当晚的居民们多多的包涵及体谅,大会会做出适当的检讨以避免在以后的将来出现同样的错误。


Thursday, September 20, 2012

Pesta Tanglung 1 Malaysia RP2, 5 October 2012


Sempena menyambut Perayaan Bulan, AJK yang berbangsa Cina dari Persatuan Penduduk akan menganjurkan satu Pesta Tanglung yang akan diadakan pada 5hb Oktober 2012, jam 8.00 malam di padang permainan RP13.

Program ini ditaja oleh YB Dato' Donald Lim Siang Chai, selaku Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau juga akan menjadi tetamu kehormat pada malam itu.

Berbagai acara akan diadakan, diantaranya pertandingan membuat tanglung, pertandingan bercerita mengenai Perayaan Bulan, berjalan2 membawa tanglung untuk budak2, kuih bulan halal akan dihidangkan, bunga api, cabutan bertuah dan sebagainya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina keharmonian dan kesejahteraan diantara penduduk yang berbilang kaum terhadap kebudayaan masing-masing.

Semua penduduk termasuk yang bukan bangsa Cina, turut dijemput hadir untuk bersuka ria bersama.

Perjumpaan dengan Penduduk mengenai isu keselamatan di RP2, 16/9/2012

Satu mesyurat dengan penduduk yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 telah diadakan pada 16 Sept 2012, jam 8.30 pagi di padang permainan Jln RP10/5. Tujuan mesyurat tersebut untuk memberi keterangan mengenai kedudukan program sekuriti di TRP2. Sarapan ringan telah disediakan.

Yang turut hadir pada pagi itu, selain daripada ahli2 jawatankuasa Persatuan Penduduk TRP2 dan penduduk2 RP2, Ketua Balai Rawang, Insp. Gurdial Singh turut bersama untuk memberi taklimat mengenai kesedaran keselamatan awam. Salah seorang penduduk kehormat, Dato Razak juga turut hadir memberi sokongan.

Kehadiran penduduk walaupun tidak hangat, namum penduduk-penduduk yang hadir telah memberikan kerjasama dan telah menunjukkan keinginan untuk mempertingkatkan mutu sekuriti di RP2 demi keselamatan semua.

Ketua Biro Keselamatan En. Ab Wahab telah memberikan keterangan mengenai asal usul program sekuriti di RP2 dan kedudukan pada masa terkini dan sebabkan perkhidmatan syarikat Excellent Security terpaksa ditamatkan kerana mutu perkhidmatannya yang amat teruk, dan juga tiada apa2 tindakan dan perubahan dibuat setelah peringatan dan amaran diberi berulang kali.

Pengerusi Persatuan, Pn Ong Siew Hong pula telah memberitahu sebabnya syarikat Perisai Bernas (M) Sdn Bhd telah dipilih dan dilantik untuk mengambilalih program sekuriti di RP2, serta penilaian dan kajian yang telah dijalankan oleh AJK Persatuan. Beliau juga memberitahu bahawa masalah kemerosotan mutu perkhidmatan syarikat sekuriti yang lama sebenarnya telah lama dan pihak AJK Persatuan telah lama mencari penggantian namun tidak berjaya, salah satu puncanya, kebanyakkan syarikat sekuriti enggan membuat kutipan bayaran rumah ke rumah dan kerja kutipan ini tidak mampu diuruskan oleh AJK yang terdiri daripada golongan bekerja masing2 dengan komitmen sendiri.

Kadar baru yang dicadangkan ialah RM45 sebulan setiap rumah dengan 16 orang pengawal keseluruhannya. Diantaranya 12 orang pengawal statik akan ditempat di enam buah pondok pengawal siang dan malam, sementara 2 orang pengawal peronda akan dikhaskan untuk meronda fasa RP7 dan RP10, manakala 2 orang pengawal peronda akan meliputi fasa RP11, RP12 dan RP13. Pampasan maksima RM1,000 atau nilai kerugian yang dialami oleh mangsa (ahli) yang mana rendah, sekiranya berlaku kes kecurian atau rompakan dan setelah disahkan bahawa kejadian berpunca daripada kecuaian pengawal bertugas, akan ditanggung oleh pihak syarikat sekuriti. Sticker rumah akan disediakan oleh syarikat sekuriti secara percuma, dan sticker kereta pula akan disediakan oleh Persatuan Penduduk RP2 dengan bayaran.

Perlantikan syarikat Perisai Bernas (M) Sdn Bhd akan bermula secara rasminya pada 1hb Oktober 2012.

Dalam sesi soal-jawab, Dato Razak telah memberikan ucapan yang amat bersemangat dan beliau juga menyeru penduduk yang tidak memasukki program sekuriti digesa berbuat demikian supaya tidak menjadi golongan yang mengambil kesempatan ke atas kemudahan yang disediakan oleh orang lain.

Seterusnya, taklimat yang diberikan oleh Insp. Gurdial Singh, juga telah memberikan maklumat yang amat berguna kepada semua hadirin.

Pengerusi Persatuan, Pn Ong dalam ucapan penutupnya sekali lagi menyeru kerjasama daripada semua penduduk RP2 untuk kepentingan dan keselamatan bersama.

Tuesday, September 11, 2012

Change of Security Program at Taman Rawang Perdana 2, Rawang, Selangor

A decision has been made by the Residents Association (RA) of Taman Rawang Perdana 2 (TRP2), to terminate the security service of Excellent Security Services (ESS). 30 days notice of termination was served on 1 Sept 2012 for the security service to end by 30 Sept 2012. 

The decision was made after numerous discussions and meetings by the committee members of the residents association, to the fact that ESS has not been able to carry out its services satisfactorily and had also failed to adhere to the terms and conditions agreed upon. Among others, guard posts were left unattended repeatedly in continuous occassions, guards on duty were nott in proper uniform or attire, vehicles were allowed freely in and out of the taman without being checked, questioned nor inspected, employment of unqualified guards including elderly citizens and teenagers were put on duty, repeated change of guards resulted in new guards unable to carry out duties effectively.

A meeting will be held on Sunday, 16th Sept 2012, 8.30am at the playground of Jln RP10/5, for a briefing to the residents as to the situation of the security program at RP2, to propose a new rate for the intake of a new security company, and other matter arising etc etc.

Followers

Contributors