Tuesday, September 24, 2013

Karnival Hari Malaysia 2013, Taman Rawang Perdana 2



Click here for write-up in English (updating in process...). 中文报道请点击这里(尚在处理。。)... 22 Sept 2013 - Karnival Hari Malaysia 2013, Taman Rawang Perdana 2 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 telah diadakan dengan lancar dan berjaya. Sambutan yang hangat dari penduduk persekitaran yang berbilang kaum membuktikan perhubungan yang harmoni diantara penduduk yang berbilang kaum. Karnival Hari Malaysia 2013 TRP2 telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Selayang, YB En. William Leong dan Adun Rawang, YB Cik Gan Pei Nei. Karnival Hari Malaysia 2013 TRP2 dijalankan berkonsep gerai dan kupon, termasuk gerai makanan, minuman, ais krim, makan ringan, gerai jualan permainan dan sebagainya. YB Willam dalam ucapaannya telah menyentuh tentang isu keselamatan awam dan beliau juga telah mengumumkan sumbangan $2,000 kepada Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 sebagai tabung aktiviti. YB Gan dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas kejayaan majlis pada pagi tersebut dan menyeru penduduk-penduduk supaya menjadi ahli Persatuan Penduduk TRP2 sebagai sokongan atas usaha-usaha yang dijalankan oleh ahli-ahli jawatankuasa. Manakala ucapan alu-aluan juga telah disampaikan oleh Pengarah Projek Karnival, En. Noka Raju. Diantara acara yang disediakan oleh pihak penganjur termasuklah perarakan jalur gemilang, penyampaian hadiah kepada anak2 ahli Persatuan yang mendapat A terus didalam peperiksaan umum dalam 2012, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, acara sukaneka, gerai permaianan, pertandingan kuiz Hari Malaysia dsb. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Balai Rawang, Insp. Abd Rahim, yang diwakili oleh Insp. Samsuddin, kerana telah menghantar rombongan anggota polis untuk mengambil bahagian dalam acara perarakan jalur gemilang dan juga anggota polis yang ditempatkan untuk menjaga keamanan disepanjang masa Karnival dijalankan. Tidak tertinggal juga penghargaan kepada korporat-korporat yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan dan hadiah, diantaranya, Mydin Rawang, Syarikat United MS Electrical Mfg (M) Sdn Bhd, Ban Hee Hardware Sdn Bhd, Pong Codan Rubber, Classic Scenic, Thumbprints, YCH Printing, juga individi atau ahli jawatankuasa perseorangan, peserta-peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara perarakan jalur gemilang dan akhir sekali, semua hadirin yang terdiri daripada penduduk Taman Rawang Perdana 2 dan penduduk persekitaran, atas sokongan yang diberikan. Karnival Hari Malaysia 2013, TRP2 telah berakhir dengan berjayanya pada pukul 1.30 tengahari dengan ucapan penutupan dan terima kasih daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2, Pn Ong Siew Hong. (Blog ini masih dalam proses kemaskini ...)

No comments:

Post a Comment

Followers

Contributors