Wednesday, August 24, 2011

Mesyuarat Ops Cegah Jenayah Musim Perayaan, 23/8/2011, 8.30pm

Atas jemputan Ketua Balai Rawang, En. Gurdial Singh, satu mesyuarat bersama-sama dengan Ketua2 Rukun Tetanga dan Persatuan Penduduk Daerah Rawang telah diadakan di balai Rawang pada 23/8/2011, 8.30 malam., dengan agenda yang pertamanya, untuk membincangkan Ops Cegah Jenayah pada musim Perayaan dengan kerjasama masyarakat setempat supaya dapat maklum balas untuk urusan rondaan bersama masyarakat ketika pulang ke kampung atau bercuti musim Perayaan. Persatuan Penduduk TRP2 diwakili oleh Pn Ong Siew Hong, En. Chan Pak Nean dan En. Chin Yaw.

Menurut maklumat yang disampaikan dalam mesyuarat tersebut, had laju di lebuh raya akan dikurangkan dari 110 kepada 90km/jam manakala had laju untuk jalan dalaman akan dikurangkan dari 90 ke 80 km/jam.

Agenda yang kedua ialah pengumuman maklumat mengenai satu Jamuan Terbuka hari Raya yang akan dianjurkan bersama oleh Balai Rawang dengan Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk Daerah Rawang yang akan diadakan samada pada 10 atau 17 Sept ini.

BORANG MAKLUMAN SEMASA MENINGGALKAN RUMAH KEDIAMAN SEMASA BERCUTI akan diedarkan kepada semua penduduk di TRP2 dan penduduk yang akan meninggalkan rumah kediaman untuk seketika semasa musim cuti, digesa mengisi borang tersebut dan dikembalikan kepada Persatuan Penduduk untuk diserahkan kepada Balai Rawang supaya rondaan dapat dijadualkan.Borang tersebut hendaklah dikembalikan untuk diserahkan kepada Balai Rawang selewat-lewatnya pada Jumaat ini, 26/8/2011. Sila serahkan borang yang siap diisi dengan lengkap ke dalam peti surat yang disediakan di pondok sekuriti di Jln RP10/4.

Keutamaan rondaan oleh anggota polis di satu-satu kawasan perumahan akan bergantung pada maklum balas borang tersebut daripada penduduk. Ambillah peluang ini untuk mendapatkan perlindungan harta-benda rumah anda daripada pihak polis ketika ketiadaan anda pada musim Perayaan ini.

SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERCUTI !

Tuesday, August 23, 2011

Lawatan ke Lion Club, New Green Park, Rawang

Satu lawatan ke Lion Club (Rawang) di New Green Park telah dibuat oleh Pn Ong Siew Hong dan En. Roby. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berkenalan dengan tokoh-tokoh Lion Club untuk bersama-sama mempelajari cara2 menjalankan satu organisasi yang berjaya.








Pembersihan longkang di RP11/4, 28/7/2011

Atas usaha En. Roby, selaku Naib Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2, satu jadual kerja pembersihan telah dipersetujui di antara kontraktor Alam Flora dengan Persatuan Penduduk untuk kerja-kerja pembersihan dijalankan di sepanjang bulan Julai 2011 di Taman Rawang Perdana 2.


Gambar di atas menunjukkan pekerja kontraktor Alam Flora sedang menjalankan kerja2 pembersihan longkong di Jln RP11/4, pada 28/7/2011.

Jadual pembersihan yang berikutnya di Taman Rawang Perdana 2 ialah pada bulan September.

Monday, August 8, 2011

Program Sambutan Merdeka Raya & Jogathon TRP2, 18 Sep 2011

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia dan Hari Raya Puasa, Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 akan mengadakan PROGRAM SAMBULAN MERDEKA RAYA pada 18 September 2011.


Acara-acara yang akan dilangsungkan termasuklah Kempen mengibarkan bendera Malaysia di seluruh TRP2, Jogathon TRP2 2011 untuk semua golongan dan dibuka kepada semua penduduk TRP2. Disamping itu, jamuan Hari Raya juga akan dihidangkan selepas pertandingan Jogathon.

AJK Persatuan Penduduk TRP2 akan membuat lawatan rumah ke rumah untuk membuat pendaftaran peserta program tersebut dan juga mengedarkan bendera kecil untuk dipasang di setiap rumah di TRP2. Bayaran penyertaan Program Jogathon ialah $3/= seorang dan pemasangan bendera kecil dengan bayaran $2/= setiap satu. Wang yang dikutip daripada program mengibarkan bendera kecil akan dimasukkan ke dalam tabung Persatuan Penduduk.

Akan disambung....

Followers

Contributors