Saturday, July 16, 2011

Majlis Minum Petang Bersama YB William Leong dan YB Gan Pei Nei, 16/7/2011


Satu perjumpaan minuman petang yang dianjurkan oleh Ahli Majlis MPS En. Tan Hui Chuan bersama-sama dengan Ahli Parlimen Kawasan Selayang, YB En. William Leong dan Adun Rawang, YB Cik Gan Pei Nei dengan Pengerusi dan wakil-wakil penduduk di beberapa kawasan perumahan persekitaran telah diadakan pada 16/7/2011, jam 5.00 - 7.00 petang di RP12, Taman Rawang Perdana 2.

Persatuan2 yang hadir termasuklah Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2, Persatuan Penduduk Bukit Rawang Jaya, Persatuan Penduduk Rawang Jaya, Persatuan Penduduk Apartmen Lilly, Persatuan Penduduk Kg Rajah, wakil2 dari Kg Baru Cina dll. Yang turut hadir juga termasuk pegawai-pegawai dari MPS dan anggota polis yang bertugas di kawasan Taman Rawang Perdana 2 dan penduduk2 persekitaran.


Saturday, July 2, 2011

Perjumpaan dengan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah

Diwakili oleh Pn Ong, En. Roby dan En. Noka, AJK Persatuan Penduduk telah menghadiri satu jemputan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah, yang telah diadakan pada 2 Julai 2011, jam 10.00 pagi di Auditorium, Tingkat 1, Menara 1, Ibu Pejabat Ketua Polis Negeri Selangor di Shah Alam. Tujuan utama perjumpaan tersebut berfocus pada tanggungjawab keselamatan masyarakat bersama diantara wakil2 dari Persatuan dan Pertubuhan Komuniti dengan pihak Polis. Para jemputan terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Penduduk, JKK dan wakil2 Komuniti dari seluruh Negeri Selangor.

Membership Drive

Contents yet updated ....

Followers

Contributors