Sunday, September 4, 2011

Majlis Sambutan Merdeka Raya & Jogathon TRP2, 18 Sep 2011 (Ahad)

Sep 3, 2011, Taman Rawang Perdana 2, Rawang Selangor - Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemerdekaan ke 54 dan Hari Malaysia, Majlis Sambutan Merdeka Raya bersama-sama dengan acara Jogathon TRP2 anjuran Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 akan dijalankan seperti yang dijadualkan pada 18hb Sep 2011, di padang diantara Jln RP10/5 dan Jln RP10/6.

3/9/2011, AJK dari kiri ke kanan - Yoke Kuan, Pn Ong Siew Hong, En Yosoff, En. Mani Rajah, En. Mervin, En. Nokaraju, Ann, En. Chin Yaw, En. Eric Ho, En. Ricky dan lain2 yang tidak hadir.

Objektif utama Majlis Merdeka Raya diadakan bertujuan untuk mengeratkan perhubungan dan keharmonian diantara penduduk yang berbilang kaum disamping memupuk semangat kejiranan dan perpaduan diantara penduduk dari rakyat yang berbilang bangsa.

Tetamu kehormat yang dijemput termasuklah YB Tuan Sapari Yaakob (Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor), YB Cik Gan Pei Nei (Adun Rawang) untuk merasmikan pembukaan dan penutupan majlis. Turut dijemput termasuklah wakil-wakil dari Balai Rawang, En. Tan Hui Chuan (ahli MPS), pegawai2 dari Majlis Perbandaran Selayang dan ketua-ketua dari Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga dari taman jiran.

Diantara aturcara pada majlis pagi tersebut termasuklah Pertandingan Jogathon TRP2 yang dibuka hanya kepada penduduk TRP2 sahaja, sukaneka (telematch) untuk bersuka ria dan Jamuan Hari Raya dimana berbagai hidangan Hari Raya akan disediakan.

Acara Jogathon TRP2 akan dibahagikan kepada beberapa kategori ialah kategori veteran umur 45 keatas), dewasa (umur 18-44), remaja (umur 13-17) dan kanak-kanak (umur 7-12). Lima (5) pemenang dari setiap kategori akan diberi hadiah.

Peserta-peserta acara Jogathon akan seterusnya bersukaria dengan acara sukaneka dan menjamu selera dengan hidangan Hari Raya yang disediakan. Berbagai hadiah untuk pemenang-pemenang sukaneka dan acara cabutan bertuah juga akan disediakan.

Majlis pada pagi tersebut juga bertujuan mempromosikan kehidupan yang sihat dengan bersenaman pagi melalui acara Jogathon TRP2 disamping memupuk semangat kejiranan.

Untuk mengalakkan penyertaan beramai-ramai dari kalangan penduduk, pihak penganjur majlis telah memutuskan bahawa penyertaan atau pendaftaran boleh juga dibuat pada pagi majlis tersebut. Waktu pendaftaran bermula dari pukul 7.30 pagi dan sarapan ringan akan disediakan.

Pihak penganjur majlis, Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2, ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YDP Majlis Perbandaran Selayang, YB Cik Gan Pei Nei dan En. Tan Hui Chuan atas usaha dan sumbangan yang diberikan kepada kami untuk menjayakan Majlis ini.

Datanglah beramai-ramai untuk bersukaria bersama jiran-jiran demi memeriahkan lagi suasana majlis pada pagi tersebut.

Followers

Contributors