Saturday, October 6, 2012

Pesta Tanglung Taman Rawang Perdana 2, 5 Oct 2012

5 Oct 2012 - Satu Majlis Pesta Tanglung 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 (PPTRP2) di padang Jln RP13/2, RP2, telah dijalankan dengan berjaya. Sambutan hangat dari kalangan penduduk Cina yang telah menghadiri majlis tersebut telah jauh melebihi bilangan yang dianggarkan. Penduduk yang bukan Cina turut menghadiri majlis tersebut kerana pihak penganjur telah menyediakan makanan halal. Acara-acara yang diadakan termasuklah pertandingan membuat tanglung, perarakan tanglung, bunga api, cabutan bertuah dan makanan ringan halal telah disediakan.


 Pengerusi Persatuan, Pn Ong Siew Hong, mengucapkan selamat datang kepada penduduk-penduduk dan berterima kasih atas sokongan mereka. Beliau juga berterima kasih kepada MCA Caw. Rawang kerana telah memberikan sumbangan kewangan untuk menjayakan program pada malam itu. Dalam ucapannya, beliau juga mengesa penduduk memberikan sokongan kepada program sekuriti baru yang telah dilaksanakan oleh Persatuan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Tetamu jemputan khas, iaitu Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai yang diiringi oleh En. Lee Li Yew, telah tiba pada pukul 9.30 malam bersama penduduk untuk merasmi dan meraikan majlis tersebut.

YB Dato’ dalam ucapannya, telah mengumumkan peruntukkan kewangan Lima Ribu Ringgit (RM5,000) dan sebuah kabin pejabat kepada Persatuan untuk menjalankan aktiviti dan urusan pejabat. Beliau juga mengesahkan peruntukkan RM10,000 kepada Persatuan-Persatuan Penduduk untuk aktiviti mencegah jenayah, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, dalam budget tahun 2013 baru-baru ini.

Pihak penganjur juga ingin mengambil kesempatan ini, meminta maaf kepada para hadiran pada malam tersebut sekiranya berlaku kesilapan dan kesulitan disepanjang masa majlis dijalankan dan akan mengkaji semula masalah-masalah yang timbul supaya masalah yang sama tidak akan diulangi di masa depan.
http://www.youtube.com/watch?v=nZFQOZhD3Jw&feature=player_detailpage


2012105-万挠珀丹納2居协在马华万挠区会的赞助下,在万挠珀丹納2, RP13的草场成功的举办了一项中秋联谊晚会。该晚的盛会得到居民们的大力支持,出席晚会的居民远远超出了所预算的人数。导致场面几乎有失控的状况。出席者包括非华裔的友族同胞因为大会提供了Halal的食物。晚会的节目包括做灯笼比赛,提灯笼游行,放烟花,幸运抽奖及简单的晚餐。

居协主席,王秀红女士在其致词中,感谢居民们的支持。也感谢马华万挠区会赞助当晚的活动经费。也呼吁万挠珀丹納2的居民们为了大家的安全及共同利益,大力支持居协正在积极推行的保安升级计划


大会的特别嘉宾,副财政部长拿督林祥才,在马华士拉央区团长李丽友的陪同下在晚上9.30与民同在,为当晚的活动主持开幕。
拿督林祥才也在其致词中,宣布了5千大元的拨款及赞助一个流动货柜给居民协会作为办公会所。他也在大会中证实了首相最近在其2013预算案中所提出拨款1万大元给所有符合条件的居民协会作为在打击罪案方面的努力经费。
主办当局呼吁,如果当晚有做的不好及错的地方,请出席当晚的居民们多多的包涵及体谅,大会会做出适当的检讨以避免在以后的将来出现同样的错误。


Followers

Contributors