Sunday, December 1, 2013

Kempen Gotong Royong Mencegah Denggi, 1/12/2013

1hb Disember 2013 – Berikutan dengan pengesahan tiga belas (13) kes wabak denggi dalam masa dua minggu pada 25/11/2013 di RP10, Jalan RP10/7 dan Jalan RP10/8, memandangkan keadaan yang amat serius,  satu keputusan telah dibuat oleh Persatuan Penduduk TRP2 untuk menganjurkan kempen gotong royong cegah denggi  bersama Jabatan Kesihatan Daerah Gombak dan juga Majlis Perbandaran Selayang pada 1/12/2013.

Kempen tersebut bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk mengenai masalah yang sedang berlaku di Jln RP11/7 dan RP11/8, dan juga tentang kepentingan mencegah wabak denggi.

Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, Dr Roslan B. Ishak telah memberikan taklimat tentang pencegahan denggi ini. Beliau telah mencadangkan supaya satu unit kesihatan ditubuhkan dibawah payung Persatuan bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan kebersihan taman dan sejurusnya mencapai matlamat mencegah denggi  untuk jangka masa yang panjang. Beliau juga diiringi oleh Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Gombak, En. Harun yang juga telah memberikan penerangan mengenai wabak denggi ini. Yang turut hadir, ahli-ahli jawatankuasa penduduk Persatuan Penduduk TRP2 dan penduduk2 persekitaran.

Pengerusi Persatuan, Puan Ong, dalam ucapan pembukaannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada pagi ini, dan telah menerangkan sebabkan kempen ini perlu dijalankan dengan segera memandangkan keadaan wabak yang amat serius. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Jabatan Kesihatan kerana sudi menganjurkan kempen ini bersama Persatuan. Jumlah kes penyakit denggi yang disahkan diRP2 setakat 1/12/2013 sejumlah 17 kes.

Selepas taklimat dan sesi soal-jawab, lawatan ke Jalan RP10/7 dan RP10/8 telah dibuat oleh pegawai2 Jabatan Kesihatan bersama AJK2 Persatuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di kedua2 lorong tersebut.
Program pagi ini telah berakhir lebihkurang pada pukul 11.00 pagi dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir oleh juruacara En. Azlan.

Tuesday, September 24, 2013

Karnival Hari Malaysia 2013, Taman Rawang Perdana 2



Click here for write-up in English (updating in process...). 中文报道请点击这里(尚在处理。。)... 22 Sept 2013 - Karnival Hari Malaysia 2013, Taman Rawang Perdana 2 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 telah diadakan dengan lancar dan berjaya. Sambutan yang hangat dari penduduk persekitaran yang berbilang kaum membuktikan perhubungan yang harmoni diantara penduduk yang berbilang kaum. Karnival Hari Malaysia 2013 TRP2 telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Selayang, YB En. William Leong dan Adun Rawang, YB Cik Gan Pei Nei. Karnival Hari Malaysia 2013 TRP2 dijalankan berkonsep gerai dan kupon, termasuk gerai makanan, minuman, ais krim, makan ringan, gerai jualan permainan dan sebagainya. YB Willam dalam ucapaannya telah menyentuh tentang isu keselamatan awam dan beliau juga telah mengumumkan sumbangan $2,000 kepada Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 sebagai tabung aktiviti. YB Gan dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas kejayaan majlis pada pagi tersebut dan menyeru penduduk-penduduk supaya menjadi ahli Persatuan Penduduk TRP2 sebagai sokongan atas usaha-usaha yang dijalankan oleh ahli-ahli jawatankuasa. Manakala ucapan alu-aluan juga telah disampaikan oleh Pengarah Projek Karnival, En. Noka Raju. Diantara acara yang disediakan oleh pihak penganjur termasuklah perarakan jalur gemilang, penyampaian hadiah kepada anak2 ahli Persatuan yang mendapat A terus didalam peperiksaan umum dalam 2012, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, acara sukaneka, gerai permaianan, pertandingan kuiz Hari Malaysia dsb. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Balai Rawang, Insp. Abd Rahim, yang diwakili oleh Insp. Samsuddin, kerana telah menghantar rombongan anggota polis untuk mengambil bahagian dalam acara perarakan jalur gemilang dan juga anggota polis yang ditempatkan untuk menjaga keamanan disepanjang masa Karnival dijalankan. Tidak tertinggal juga penghargaan kepada korporat-korporat yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan dan hadiah, diantaranya, Mydin Rawang, Syarikat United MS Electrical Mfg (M) Sdn Bhd, Ban Hee Hardware Sdn Bhd, Pong Codan Rubber, Classic Scenic, Thumbprints, YCH Printing, juga individi atau ahli jawatankuasa perseorangan, peserta-peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara perarakan jalur gemilang dan akhir sekali, semua hadirin yang terdiri daripada penduduk Taman Rawang Perdana 2 dan penduduk persekitaran, atas sokongan yang diberikan. Karnival Hari Malaysia 2013, TRP2 telah berakhir dengan berjayanya pada pukul 1.30 tengahari dengan ucapan penutupan dan terima kasih daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2, Pn Ong Siew Hong. (Blog ini masih dalam proses kemaskini ...)

Thursday, August 22, 2013

Sesi berkenalan dengan Ketua Balai Polis Rawang, 22 Ogos 2013

Wakil-wakil dari Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2, telah membuat lawatan ke Balai Polis Rawang, pada 22/8/2013, jam 9.00pm untuk satu perjumpaan dan berkenalan dengan OCS En. Abd Rahim. Lawatan tersebut juga bertujuan untuk menghantar surat jemputan dan penyertaan En Abd Rahim dan anggota-anggotanya ke majlis Karnival Hari Malaysia 2013 RP2 yang akan diadakan pada 22 Sept 2013 ................



Dari kiri ke kanan : En. Roby, En. Abd Wahab, En. Abd Rahim, Pn Ong, Pn Leong & En. Hanif.

Diantara tajuk perbincangan, tidak lain daripada isu-isu keselamatan and dasar community polising diantara orang ramai dengan pihak polis dan kepentingan untuk bekerjasama demi keselamatan masyarakat.....

Lawatan berakhir pada pukul 10.30pm.

Wednesday, August 21, 2013

Carnival Hari Malaysia 2013 嘉年华, Taman Rawang Perdana 2, 22 Sept 2013

The residents association of Taman Rawang Perdana 2 (PPTRP2) will be organizing a Carnival to celebrate Hari Malaysia on 22 Sep 2013.....


All residents of Taman Rawang Perdana 2 are urged to participate in the carnival, a program specially organized for the residents of RP2, with the objective, to foster unity and closer relationship among residents of multiple races from all walks of life, and to instil the sence of loving to our beloved country, MALAYSIA.

We also urge for sponsors from residents, corporates, institution and government agencies to support the program.

By, S.H.Ong
President, The Resident Association of Tamn Rawang Perdana 2




PPTRP2 AGM on 30 June 2013

To be updated later.....

Monday, February 18, 2013

New Security Stickers for Taman Rawang Perdana 2


New car and motor security stickers were introduced and used to replace the old stickers which are no longer valid effective from 1 Feb 2013. The reason for the change of the stickers was in line with the new security problem which took effect since Oct 2012 which a total new look. The same old sticker was found being used in other residential area previously managed by the ex-security company and had thus, caused confusion to the new security company having difficulty to identify residents and non-residents. The RA of TRP2 apologize for the inconveniences caused.

Chinese New Year goodies for senior citizens from YB Gan Pei Nei



On 7 Feb 2012, YB Gan Pei Nei, Adun Rawang visit some senior citizens, single mothers & the needy handicapped individuals, who will be celebrating the Chinese New Year. YB Gan was received by the comiittee members of The Residents Association of Taman Rawang Perdana 2, headed by Pn Ong. Click here for more pictures ....

Followers

Contributors