Monday, May 2, 2011

30.4.2011 - Lawatan ke Balai Rawang


Atas jemputan Ketua Balai Polis Rawang, En. Gurdial Singh, ahli jawatankuasa penduduk PPTRP2 yang diketuai oleh pengerusi Persatuan, Pn Ong telah membuat lawatan ke balai Rawang pada pukul 9.00 pagi. Lawatan ini bertujuan merapatkan hubungan diantara penduduk dengan pihak anggota polis demi meningkatkan pengetahuan AJK dari segi keselamatan supaya maklumat yang diperolehi dapat disalurkan kepada penduduk melalui Persatuan kelak. Dalam lawatan tersebut, En. Gurdial Singh sendiri telah memberikan penerangan terperinci tentang perkhidmatan dan tanggungjawab anggota polis di daerah Rawang, prosidur untuk mengendalikan satu-satu kes jenayah, contoh2 dan senario penjenayahan yang perlu diambil tahu, dan sebagainya. Permohonan Balai Polis Bergerak juga dikemukakan secara verbal namun jawapan yang diberikan oleh En. Gurdial Singh, bas tersebut yang dilengkapi segala kemudahan sebuah balai memerlukan bekalan elektrik yang amat besar menyebabkan urusan ini amat sukar dilaksanakan.

Ahli jawatankuasa juga telah membuat lawatan rombongan ke bilik-bilik gerakan di balai termasuk bilik lokap (penjara). Lawatan berakhir lebihkurang pada pukul 12.00 tengahari.

Reserved

In the midst of construction...

Visit to Kg Rajah ....

In the midst of construction...

27.3.2011 Annual General Meeting of The Residents Association of Taman Rawang Perdana 2

In the midst of construction....

Followers

Contributors