Sempena menyambut Perayaan Bulan, AJK yang berbangsa Cina dari Persatuan Penduduk akan menganjurkan satu Pesta Tanglung yang akan diadakan pada 5hb Oktober 2012, jam 8.00 malam di padang permainan RP13.
Program ini ditaja oleh YB Dato' Donald Lim Siang Chai, selaku Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau juga akan menjadi tetamu kehormat pada malam itu.
Berbagai acara akan diadakan, diantaranya pertandingan membuat tanglung, pertandingan bercerita mengenai Perayaan Bulan, berjalan2 membawa tanglung untuk budak2, kuih bulan halal akan dihidangkan, bunga api, cabutan bertuah dan sebagainya.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina keharmonian dan kesejahteraan diantara penduduk yang berbilang kaum terhadap kebudayaan masing-masing.
Semua penduduk termasuk yang bukan bangsa Cina, turut dijemput hadir untuk bersuka ria bersama.
No comments:
Post a Comment