Satu mesyurat dengan penduduk yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Rawang Perdana 2 telah diadakan pada 16 Sept 2012, jam 8.30 pagi di padang permainan Jln RP10/5. Tujuan mesyurat tersebut untuk memberi keterangan mengenai kedudukan program sekuriti di TRP2. Sarapan ringan telah disediakan.
Yang turut hadir pada pagi itu, selain daripada ahli2 jawatankuasa Persatuan Penduduk TRP2 dan penduduk2 RP2, Ketua Balai Rawang, Insp. Gurdial Singh turut bersama untuk memberi taklimat mengenai kesedaran keselamatan awam. Salah seorang penduduk kehormat, Dato Razak juga turut hadir memberi sokongan.
Kehadiran penduduk walaupun tidak hangat, namum penduduk-penduduk yang hadir telah memberikan kerjasama dan telah menunjukkan keinginan untuk mempertingkatkan mutu sekuriti di RP2 demi keselamatan semua.
Pengerusi Persatuan, Pn Ong Siew Hong pula telah memberitahu sebabnya syarikat Perisai Bernas (M) Sdn Bhd telah dipilih dan dilantik untuk mengambilalih program sekuriti di RP2, serta penilaian dan kajian yang telah dijalankan oleh AJK Persatuan. Beliau juga memberitahu bahawa masalah kemerosotan mutu perkhidmatan syarikat sekuriti yang lama sebenarnya telah lama dan pihak AJK Persatuan telah lama mencari penggantian namun tidak berjaya, salah satu puncanya, kebanyakkan syarikat sekuriti enggan membuat kutipan bayaran rumah ke rumah dan kerja kutipan ini tidak mampu diuruskan oleh AJK yang terdiri daripada golongan bekerja masing2 dengan komitmen sendiri.
Perlantikan syarikat Perisai Bernas (M) Sdn Bhd akan bermula secara rasminya pada 1hb Oktober 2012.
Dalam sesi soal-jawab, Dato Razak telah memberikan ucapan yang amat bersemangat dan beliau juga menyeru penduduk yang tidak memasukki program sekuriti digesa berbuat demikian supaya tidak menjadi golongan yang mengambil kesempatan ke atas kemudahan yang disediakan oleh orang lain.
Pengerusi Persatuan, Pn Ong dalam ucapan penutupnya sekali lagi menyeru kerjasama daripada semua penduduk RP2 untuk kepentingan dan keselamatan bersama.
No comments:
Post a Comment