

Menurut maklumat yang disampaikan dalam mesyuarat tersebut, had laju di lebuh raya akan dikurangkan dari 110 kepada 90km/jam manakala had laju untuk jalan dalaman akan dikurangkan dari 90 ke 80 km/jam.
Agenda yang kedua ialah pengumuman maklumat mengenai satu Jamuan Terbuka hari Raya yang akan dianjurkan bersama oleh Balai Rawang dengan Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk Daerah Rawang yang akan diadakan samada pada 10 atau 17 Sept ini.

BORANG MAKLUMAN SEMASA MENINGGALKAN RUMAH KEDIAMAN SEMASA BERCUTI akan diedarkan kepada semua penduduk di TRP2 dan penduduk yang akan meninggalkan rumah kediaman untuk seketika semasa musim cuti, digesa mengisi borang tersebut dan dikembalikan kepada Persatuan Penduduk untuk diserahkan kepada Balai Rawang supaya rondaan dapat dijadualkan.Borang tersebut hendaklah dikembalikan untuk diserahkan kepada Balai Rawang selewat-lewatnya pada Jumaat ini, 26/8/2011. Sila serahkan borang yang siap diisi dengan lengkap ke dalam peti surat yang disediakan di pondok sekuriti di Jln RP10/4.
Keutamaan rondaan oleh anggota polis di satu-satu kawasan perumahan akan bergantung pada maklum balas borang tersebut daripada penduduk. Ambillah peluang ini untuk mendapatkan perlindungan harta-benda rumah anda daripada pihak polis ketika ketiadaan anda pada musim Perayaan ini.
SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERCUTI !